Selasa, 13 Ogos 2013

Minat jadi pilot....saksikan

mana tahu...tengok video ni rasa nak jadi pilot pulak. pilot buatan Malaysia ni. ...

Ahad, 21 Julai 2013

Kisah Budak Penyanyi Jalanan menjadi Artis

Budak jalanan yang mempunyai kemahiran gitar ukulele yang luar biasa. Bakat di jalanannya telah dirakam ke dalam youtube yang akhirnya menjadi perhatian seluruh Indonesia. Membawa lagu tentang hidupnya "AKU YANG DULU BUKAN SEKARANG" dengan gaya lenggok Melayu. Itu lah nama budak ini Tegar Septian. ...

Sabtu, 21 Julai 2012

Puasa 2012









Lafaz niatLafaz pendek setiap malam:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap setiap malam:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.




Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.



Salam menempuh Ramadhan al Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan.







Doa Berbuka Puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya : Ya Allah kerana Engkau aku telah berpuasa, kepada Engkau aku telah beriman, dan dengan rezki Engkau aku telah berbuka dengan rahmatMu, wahai sebaik-baik Pemberi Rahmat..Amin....


...

Sabtu, 7 Julai 2012

Kasawari 2012 Juara Sukan Sekolah

Kasawari telah menjuarai Sukan Sekolah sesi 2012.
Sedikit gambar boleh diklik pada link dibawah:



Syabas pada yang menang dan usaha lagi bagi yang kurang 
bernasib baik. Usaha tangga kejayaan


....

Selasa, 3 Julai 2012

Euro 2012 dan Bolasepak Malaysia



Sumber : http://harimaumalayalover.blogspot.com/

Selesai sudah Euro 2012. Sepanyol juara. Italy kalah. Dalam kehangatan Euro 2012 tu, banyak benda berlangsung. Liga Super masih on, dan Harimau Muda pulak tengah berjuang habis-habisan untuk layak ke Piala Asia U22 tahun depan. Penat diorang main, kita sibuk tengok team luar main. Kesian liga Malaysia. Banyak stadium kosong. Kelakar jugak sebab game liga bukanlah sama time dengan Euro but biasalah, kita lagi rela bersengkang mata untuk tengok Euro dari tengok Liga Super kat Stadium. Kan?But i know, masih ramai jugak yang tengok Liga Super di kaca tv, so, okaylah tu.

Well, as we can see, untuk Euro finals ni, habis semua orang nak buat match viewing party. I'm pretty sure untuk game Malaysia U22 hari ni takkan ada. Unless buat sendiri. Probably kena buat game pukul 2.45 pagi kot baru ada orang minat nak buat viewing party? Or mungkin sebab ini sekadar game qualifying, so kita tak ambik port sangat. Lainlah kalau piala, maybe time Piala AFF Suzuki nanti adalah kot viewing party. Or kena tunggu masuk final baru semua nak buat dan mengaku stesen rasmi Harimau Malaya? Heh.

Nak kata apa pun pasal Euro, ada certain things yang boleh diambil, terutamanya dari pihak FAM dan FA negeri. Antaraya dari segi penganjuran, promosi, keselamatan. Terutamanya PROMOSI. Macam mana boleh hype sampai kita kat Malaysia pun sanggup bersengkang mata nak tengok. Belajar, bukan sekadar tengok and mengayakan tembolok Sepp Blatter and Platini je. Belajar dan aplikasikan dalam Liga Malaysia. Ini bukan belajar, tapi sibuk nak ambik semua benda yang disuggest oleh Blatter dengan Platini. Nak tambah officials lah. Masalah rasuah tu kasi settle dulu. Adoi. Tengok macam Jepun, dia datang Malaysia, belajar cara kita uruskan liga dan aplikasikan dan menambah baik liga diorang. Now, Jepun muka wajib bertanding dalam Piala Dunia. Kita dah cicir jauh.

Now ke game menentang Myanmar. Pada siapa yang follow Malaysia U22 ni, mesti ramai dah tau pasal adanya star baru iaitu Mohd Rozaimi. Striker muda dari Sabah yang kini menyinar untuk Malaysia U22. Ramai yang mula menyedari kehebatan Rozaimi lepas melihat aksi beliau untuk Malaysia U22 dalam friendly game menentang China. Sebenarnya Rozaimi ni dah banyak kali OKS panggil. Tapi dia tolak. Home sick maybe. Kira macam kes Jesus Navas agaknya. Tapi lepas berapa kali dipujuk, termasuk oleh coach Sabah, Justin Ganai, barulah Rozaimi setuju untuk join Malaysia U22. Kemasukan Rozaimi dan Ashri Chuchu dari Sarawak membuktikan masih ada lagi bintang dari Malaysia timur selepas Matlan Marjan dan Joseph Kalang Tie.

One problem is, selepas menunjukkan aksi cemerlang, kita sebenarnya mula meletakkan beban kepada Rozaimi. Sama  seperti apa yang kita buat kepada Safee Sali dan Nazmi Faiz. Berikan sokongan tak apa, tapi jangan letakkan beban kat dia.Now dengar cerita dia akan diserap ke National team. No, bagi dia belajar dulu. Don't rush him. Football is a team's game. Sokong the whole team, bukan sorang player je. Kita ni jenis suka letak harapan pada individu. Bila dia tak menjadi or buat silap, kita bash habis-habisan. Oh wait, no, kita suka jugak letak harapan kat team and bila tak tercapai kita bash habis-habisan. Supportlah mereka biar apa pun yang berlaku.

As for the game against Myanmar, its a do or die mission for us. Kita perlukan kemenangan. Even seri pun takkan membantu kita. Malaysia U22 have the experience to nick it. But win or loose, janganlah kita lupa untuk terus menyokong mereka. Merekalah anak muda yang akan membantu menaikkan nama negara suatu hari nanti. Kalau anda boleh terus menyokong team anda di Euro walaupun mereka terkeluar, kenapa tidak untuk Harimau Malaya?So basically, if you can't be there when they're down in the gutter, do not bother to support when they're at the very top.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Isnin, 18 Jun 2012

Ayah....dan selamat hari Bapa

SEBAGAI seorang pemimpin dalam keluarga, bapa adalah idola kepada anak. Ini kerana, kebanyakan perilakunya yang dilihat sejak si anak kecil lagi bakal menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Aspek yang selalu dijadikan kayu pengukur dan boleh dijadikan contoh adalah bagaimana karektornya seperti cara bapa bercakap, melayan, bergurau senda, mendidik dan bersabar de-ngan tingkah laku anak yang banyak karenah sejak kecil sehingga meningkat dewasa.

Secara perlahan-lahan, daripada situlah sifat-sifat kepimpinan dan ketokohan seorang bapa akan bermula dan sebati di dalam diri si anak pula.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana pula agaknya nanti keadaan diri sendiri yang pada akhirnya akan memikul tanggungjawab bergelar bapa selepas mendirikan rumah tangga?


Pasti seribu satu soalan atau kenangan lampau yang mengingatkan detik indah dan pahit anda bersama bapa akan muncul dalam fikiran ketika melihat anak membesar di depan mata.


Misalnya, ketika berumur lapan tahun dulu, ayah sa-ngat baik dan melayan saya dengan penuh kesabaran. Segala permintaan dan keinginan mesti ditunaikan selain menganggap bapaku adalah lelaki paling kuat di dunia.

Ketika usia 14 tahun pula, ayah berubah menjadi lebih teliti mengenai perkara tertentu dan mahukan saya melakukannya mengikut kemahuan beliau seperti bermain badminton.

Walaupun kadang-kadang tidak suka, namun teknik permainan saya bertambah baik dan boleh dikatakan hampir berjaya menandinginya dalam perlawanan persahabatan.

Menginjak 18 tahun, saya mula merasakan yang ayah sudah agak ketinggalan zaman dalam mendekati atau menangani sesuatu perkara. Contohnya, beliau selalu mempersoalkan dan tidak bersetuju dengan pilihan yang saya buat.

Itulah antara memori ‘masam manis’ yang dilalui kebanyakan kita ketika kecil dan baru mula hendak belajar selok-belok erti kehidupan dengan bimbingan bapa.

Berkongsi pengalaman rakan saya yang kini berumur 28 tahun dan bakal menjadi ayah tidak lama lagi, dia kerap tertanya-tanya sama ada benar-benar sudah bersedia untuk menggalas tugas seorang bapa atau tidak.

Persoalan seperti, adakah perasaan ini yang dirasakan oleh ayahnya sewaktu mendengar khabar gembira dan menanti saat ibu melahirkannya sering bermain di fikiran.

Dia juga membayangkan bagaimana keadaannya nanti ketika umurnya 35 tahun di samping anak-anak yang semakin hari semakin membesar. Dengan kekangan masa melaksanakan urusan kerja di pejabat, adakah dia punya masa untuk diluangkan
bersama anak-anak dan isteri?

Selepas berusia 40 tahun dan seiring perkembangan teknologi, adakah anak-anak masih berminat untuk bermain badminton dengannya seperti yang selalu dilakukan dia bersama ayah dulu? Maklumlah, dengan kecanggihan gajet seperti komputer dan telefon pintar, permainan zaman dulu mungkin sudah dilupakan.

Begitulah antara peringkat perubahan kepada alam keibubapaan yang sedikit sebanyak pasti akan dialami oleh kita semua.


Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my

Lagu Tema